Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan RM3.6 bilion nilai pinjaman tabung berkenaan.

“Peminjam tersebut melibatkan pelbagai sektor perniagaan yang terdiri daripada perkhidmat­an, peruncitan, pertanian dan industri asas tani serta kontraktor kecil.

“Jumlah yang telah berjaya diku­tip sehingga kini adalah RM60.8 juta iaitu 31.85 peratus daripada jumlah tunggakan tersebut,” me­nurut kementerian itu ketika menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal).

Peminjam tertunggak bayaran ba­lik tegar di bawah Tekun Nasional diklasifikasikan sebagai peminjam yang gagal menjelaskan bayaran ansuran seperti yang dinyatakan dalam surat perjanjian pinjaman melebihi 24 bulan.