Chew Mei Fun

Statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga dan jenayah di bawah Kanun Keseksaan melibatkan wanita sebagai mangsa seperti cabul kehormatan, sumbang mahram, rogol dan kesalahan luar tabii.

Timbalan Menteri Pemba­ngu­nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 23,212 atau 40 peratus merupakan kes keganasan rumah tangga melibatkan wanita sebagai mangsa.

“Bagi kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Ma­sya­­rakat (JKM) bagi tempoh 2010 sehingga tahun lalu adalah sebanyak 28,365 kes yang mana masing-ma­sing berjumlah 4,982 kes bagi 2016; 4,453 kes (2015); 4,295 kes (2014); 4,119 kes (2013); 3,831 kes (2012); 3,428 kes (2011) dan 3,257 kes untuk 2010,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kes keganasan terhadap wanita dan penderaan serta pengabaian kanak-kanak bagi 2010 sehingga 2017.

Dalam pada itu, Mei Fun berkata, Akta Keganasan Rumah Tang­ga 1994 (Akta 521) diwujudkan bagi memberi perlindu­ngan undang-undang kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Menurutnya, akta itu tidak hanya terhad kepada isteri malah turut merangkumi suami, bekas suami atau isteri, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan dan ahli keluarga lain.

“Statistik PDRM menunjukkan jumlah kes yang dilaporkan saban tahun meningkat sebanyak 66 peratus iaitu 3,488 kes dilaporkan pada 2012 kepada 5,796 kes pada tahun lalu,” katanya.