Timbalan Menteri Da­lam Negeri, Masir Kujat berkata, jumlah terkumpul penagih dadah melibatkan golo­ngan wanita sejak 2009 pula adalah seramai 4,908 orang.

“Statistik jumlah ter­kumpul remaja dan wanita yang terjebak dengan dadah tersebut menunjukkan perincian turun naik setiap tahun. Kebanyakan mereka terjebak dengan dadah disebabkan pe­ngaruh rakan sebaya, perasaan ingin mencuba dan mencari keseronokan di kelab-kelab malam,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) menge­nai statistik penagih dadah dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Masir menambah, sebanyak 30 peratus kes penagihan berulang dicatatkan melibatkan golongan remaja dan wanita pada setiap tahun.

Beliau berkata, pelbagai program kesedaran yang agresif telah dilakukan kementerian dengan menggunakan stesen televisyen, media cetak, laman sosial, blog dan risalah untuk menangani masalah tersebut.

“Malah, kita juga mengadakan program bersemuka dengan mereka yang pernah terjebak dengan dadah untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya dadah,” jelasnya.