Azizah Mohd. Dun
Azizah Mohd. Dun

Timbalan Menteri Pemba­ngunan Wa­ni­­ta, Keluarga dan Ma­­syarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah itu, penderaan fizikal mencatatkan kes paling tinggi iaitu 2,470 kes manakala 2,012 kes adalah penderaan seksual selain penderaan emosi 170 kes.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kes pende­raan terhadap kanak-kanak seperti perbalahan keluarga apabila 3,718 kes direkodkan sepanjang tahun 2012 hingga tahun lalu.

“Pengabaian serta kecuaian ibu bapa atau penjaga turut menjadi faktor penyumbang dan sepanjang tempoh lima tahun, 2,419 kes dilaporkan seperti kejadian kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan, ditinggalkan dalam kereta, terjatuh dari eskalator, terjatuh dari bangunan dan membiarkan kanak-kanak ke­luar ke kedai untuk membeli barang keperluan bersendirian,” katanya dalam sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung kes penderaan dan punca ia berlaku sepanjang tahun 2015 hingga kini.

Menurut Azizah, masalah ke­wangan yang dihadapi keluarga sering memberikan tekanan serta perbalahan antara suami isteri dan akhirnya mereka akan berkasar dan bertindak ganas terhadap anak-anak.

Selain itu, katanya, tekanan di tempat kerja juga menyebabkan ibu bapa bertindak melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak.

Justeru, beliau berkata, pendidikan agama dan ilmu ke­ibubapaan amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.

“Dalam menangani kes penderaan kanak-kanak ini, kementerian sedang dan telah melaksanakan pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016, Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak dan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak serta program advokasi yang dijalankan agensi-agensi berkaitan,” katanya.