Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

374 jawatan pakar perubatan masih kosong - Hilmi

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Sebanyak 374 jawatan pegawai perubatan pakar masih kosong berbanding 4,868 jumlah jawatan itu yang telah diwujudkan ketika ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

HILMI YAHAYA
HILMI YAHAYA

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pada masa ini, pengisian jawatan itu telah dipenuhi seramai 4,494 orang atau 92.3 peratus sehingga 31 Oktober lalu.

Beliau berkata, kementeriannya berusaha untuk meningkatkan bilangan pegawai perubatan pakar dengan meneruskan program penawaran tajaan biasiswa atau Hadiah Latihan Persekutuan untuk program sarjana kepakaran dengan menambah penawaran tajaan daripada 800 kepada 1,000 pegawai setahun mulai tahun lalu.

Katanya, kementerian itu turut melantik semula pegawai perubatan pakar yang tamat kontrak atau mereka yang telah bersara wajib mengikut keperluan.

"Bagi meningkatkan perkhidmatan doktor pakar di Sabah dan Sarawak pula, pihak kementerian telah memanjangkan tempoh penempatan pegawai perubatan pakar daripada minimum enam bulan kepada satu tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung statistik graduan perubatan dari tahun 2010 hingga tahun ini serta tindakan Kementerian Kesihatan menangani masalah kekurangan doktor pakar.

Hilmi berkata, seramai 26,300 pelajar perubatan yang menjalani latihan siswazah telah ditawarkan berkhidmat dengan kerajaan sejak 2010 sehingga September 2016. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain