Hamzah Zainuddin

Menterinya, Datuk Seri Ham­zah Zainuddin memberitahu, da­ripada jumlah itu sebanyak 44 kes telah diambil tindakan.

“Daripada jumlah itu seba­nyak 230 kes salah guna me­nyimpan sehingga tidak ada be­kalan stok termasuklah tujuh kes sorok minyak masak bagi tujuan mengaut keuntungan.

“Kita akan bawa mereka ke pengadilan pada minggu ini dan saya difahamkan ada tiga lagi kes menjadikan jumlahnya kepada 10 kes dibawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka sesi penggulungan perbahas­an Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam persidangan Dewan Rak­yat hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa tiada penarikan subsidi terhadap minyak masak di pasaran dan harga bahan asas itu dijual RM2.50 bagi sekilogram di pasaran.

Katanya, walaupun harga minyak sawit meningkat daripada RM2,300 bagi satu tan metrik pada tahun lepas kepada RM3,000 setan metrik ketika ini, namun harga kekal tetapi yang dikurangkan ialah kuota minyak masak itu.

“Kerajaan masih mampu menampung peningkatan RM700 satu tan metrik. Ma­salahnya ialah di­sa­lahgunakan peniaga seolah-olah tidak ada subsidi.

“Yang tiada ialah kaedah subsidi sama ada dalam botol atau paket. Kita sedang kaji sama ada harga botol perlu atau tidak subsidi,” jelas beliau.

Hamzah pada masa sama turut menafikan dakwaan akan berlaku kenaikan harga gas pe­trolium cecair (LPG) seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.