Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

34 wanita antara ditahan terlibat Daesh

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Seramai 255 individu termasuk 34 wanita yang terlibat dalam aktiviti militan Daesh berjaya ditahan sehingga 7 Oktober lalu.

Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu 140 individu berusia bawah 30 tahun manakala selebihnya 30 tahun ke atas.

“Kerajaan memandang serius dan mengutuk perbuatan berkaitan keganasan Daesh ini dan mereka yang didapati bersalah akan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Berdasarkan rekod kami, 121 individu telah diambil tindakan Akta Ke­salahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 manakala 36 individu di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya dalam jawapan di Dewan Rak­yat hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, 13 lagi individu telah diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Keganasan 2015, 21 individu diusir keluar dari negara dan baki 64 orang dibebaskan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain