Hilmi Yahaya

Kesalahan itu turut melibatkan kegagalan pekerja asing yang be­kerja sebagai pengendali makanan mendapat suntikan anti­malaria dan tidak menghadiri latihan seper­ti diperuntukkan di bawah akta tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, menerusi pemantauan oleh pihaknya sepanjang tempoh ber­kenaan, sebanyak 4,830 pekerja asing diperiksa semasa pemeriksaan premis makanan dijalankan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, didapati 905 orang iaitu 18.7 peratus tidak mendapat suntikan antimalaria dan 1,145 lagi (23.7 peratus) ti­dak menghadiri la­tih­an pengendali makanan.

“Kementerian Ke­si­hatan meman­dang serius isu tahap kebersihan di premis makanan termasuk berkaitan tahap pe­matuhan pengendali makanan terutama pekerja asing.

“Dengan peningkatan aktiviti penguatkuasaan oleh pihak kami dari semasa ke semasa, adalah diharapkan tahap kebersihan premis makanan di seluruh negara akan turut meningkat,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara hari ini.