Oleh itu, tegasnya, tindakan mereka mendedahkan maklumat sulit kepada awam telah melanggar sumpah yang dibuat ketika dilantik sebagai anggota Kabinet.

Kata Pandikar Amin, di dalam sumpah lantikan itu ada menyatakan mereka tidak boleh menzahirkan kepada sesiapa perkara yang diketahui ketika memegang jawatan penting.

“Pada saya apa yang disebut diperoleh ketika mereka menjadi menteri, kerana ada disebut kelulusan dan keputusan Kabinet. Itu adalah informasi yang diperoleh di dalam Kabinet,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai memusnahkan prinsip dan integriti sebagai manusia.

Katanya, sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau hanya boleh mengingatkan tindakan itu boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan Peraturan Mesyua­rat 3612.

Dalam perkembangan lain, Pandikar Amin sekali lagi menegaskan, beliau tidak mengarahkan pembangkang keluar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.

Katanya, berdasarkan maklu­mat dalaman beliau sudah me­nge­tahui tindakan sedemikan akan dilakukan oleh pembangkang, cuma tidak tahu bila masanya yang tepat.

“Tindakan itu memalukan Parlimen dan rakyat yang mengundi mereka,” jelasnya.