Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3,747 usahawan terima SPED

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Seramai 3,747 usahawan bumiputera luar bandar di seluruh negara menerima Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dalam tempoh 15 tahun pelaksanaannya melibatkan pembia­yaan sebanyak RM376 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, secara purata usahawan yang menerima kemudahaan pembiayaan skim itu sejak 2001 hingga September lalu berjaya meningkatkan hasil perniagaan mereka sekurang-kurangnya 20 peratus.

“Jumlah usahawan dan pe­ningkatan hasil jualan mereka ini menunjukkan bahawa usa­ha kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di luar bandar sudah tercapai dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) berhubung bila­ngan pengusaha bumiputera luar bandar yang sudah mendapat kemudahan SPED dan kejayaan melahirkan MPPB di luar bandar dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain