Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 14,622,881 rakyat negara ini telah mendaftar sebagai pemilih.

“Untuk makluman, jumlah pemilih baharu yang telah didaftarkan mulai 1 Januari hingga 30 Jun lalu sebanyak 409,564 orang manakala jumlah pendaftaran tukar alamat bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 152,832 orang,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Jabatan Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, Kabinet dalam mesyuarat 1 Mac lalu bersetuju supaya pindaan dibuat kepada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan memasukkan peruntukan tambahan bagi memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati mandatori dalam keadaan-keadaan 
tertentu yang ditetapkan bagi kesalahan mengedar dadah.

“Pada masa ini, Jabatan Peguam Negara serta agensi-agensi berkaitan sedang mengambil segala tindakan yang sewajarnya untuk membentangkan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 bagi pertimbangan dan kelulusan Kabinet sebelum dibentangkan pada sesi Parlimen ini,” ujarnya. 

habis-