Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3,276 penjawat awam diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR 8 Mac – Seramai 3,276 penjawat awam telah diisytiharkan bankrap sejak 2013 hingga tahun lalu.

AZALINA OTHMAN SAID

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, daripada jum­lah tersebut, 617 kes bankrap itu direkodkan pada 2013 diikuti 606 kes (2014), 960 kes (2015) dan 1,093 kes tahun lalu.

“Terdapat pe­ning­katan sebanyak 13.9 peratus (133 orang) jumlah penjawat awam yang diisytiharkan ban­krap pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

“Kes bankrap melibatkan penjawat awam merupakan sebahagian daripada keseluruhan 82,383 individu yang diisytihar bankrap oleh mahkamah. Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22,593 kes manakala Perlis mencatatkan kes terendah iaitu 354 kes,” katanya menjawab soalan asal Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut Azalina berkata, sebanyak 57,082 kes bankrap itu melibatkan golongan lelaki dan 25,301 kes melibatkan wanita.

Beliau berkata, ke­rajaan berusaha untuk membantu golongan yang diisytiharkan bankrap itu melalui pindaan Rang Undang-Undang Keban­krapan (Pindaan) 2016 yang te­lah melalui bacaan kali pertama pada 21 November tahun lalu.

Katanya, bacaan kali kedua bagi rang undang-undang itu akan dilakukan pada persidangan kali ini.

“Jabatan Insolvensi Malaysia turut merancang meluaskan jaringan hubungan kerjasama dengan badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan me­lalui penganjuran hari bersama jabatan berkenaan, mesyuarat konsultatif bersama rakan-rakan strategik serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di cawangan-cawa­ngan jabatan itu.

“Selain itu, program jerayawara turut akan diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap masalah berhutang yang serius,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain