Jailani Johari
JAILANI

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, daripada jumlah itu sebanyak 54 peratus atau 146 kes telah disiasat di bawah Seksyen 233.

"Sebanyak 56 kertas siasatan telah dibuka dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan dan selebihnya lagi masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Ismail Daut (BN - Merbok) yang ingin tahu mengenai jumlah kesalahan di bawah Akta 588 sepanjang tahun ini pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE