Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

25-30 peratus doktor pelatih gagal tamat latihan

Hilmi Yahaya
HILMI YAHAYA

KUALA LUMPUR 21 Mac - Hampir 25 hingga 30 peratus doktor pelatih gagal menyempurnakan latihan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan kerana tidak begitu kompeten, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, situasi ini menyumbang kepada masalah penempatan doktor pelatih yang baharu berikutan doktor pelatih sedia ada terpaksa menyambung tempoh latihan mereka.

Katanya, terdapat sekitar 5,000 graduan perubatan baharu setiap tahun yang memerlukan mereka menjalani latihan perubatan.

"Diakui masalah 'houseman' ini memang 'perpetual' (berterusan) disebabkan tidak kompeten, mereka terpaksa menyambung lagi tempoh latihan dan ramai graduan yang tidak dapat menjalani latihan perubatan," katanya semasa menjawab soalan tambahan Izani Husin (Pas-Pengkalan Chepa) semasa sesi soal jawab di sini hari ini.

Izani ingin tahu mengenai perancangan kementerian bagi mencukupkan bilangan hospital kerajaan sedia ada dan bilangan hospital latihan.

Hilmi berkata, pada masa ini terdapat 44 hospital latihan, termasuk hospital kerajaan dan hospital universiti.

“Kementerian akan tambah lagi hospital latihan di Hospital Shah Alam dan hospital tentera kita mahu tambah dan pihak hospital universiti telah bersetuju untuk tambah slot doktor pelatih supaya mereka dapat mempercepatkan ‘posting’ doktor pelatih,” katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain