Menurut beliau, kes rogol mencatatkan kes paling tinggi berlaku dengan menyaksikan Johor paling banyak merekodkan kes berkenaan iaitu sebanyak 2,089 kes, manakala Sabah mencatatkan kes sumbang mahram paling banyak iaitu sebanyak 263 kes.

“Selangor pula paling banyak berlaku kes luar tabii dan cabul iaitu masing-masing mencatatkan 235 kes dan 1,052 kes sepanjang tempoh tersebut.

“Bilangan kes penderaan fizikal bagi tempoh berkenaan pula direkodkan sebanyak 2,244 kes,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) berhubung statistik kes penderaan kanak-kanak seksual dan bukan seksual serta bilangan pertuduhan kes bagi tempoh itu.