Timbalan Menteri Sumber Manu­sia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, sebanyak 62 kes yang melibatkan 9,000 pekerja terlibat dalam kes pertikaian perusahaan berkaitan gaji minima.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 39 kes akan dibicarakan di Mahkamah Perusahaan, 18 kes berjaya diselesaikan melalui run­dingan damai dan lima kes dalam tindakan akhir.

“Bagi pekerja-pekerja di pe­ringkat bawahan seperti pengawal keselamatan masih belum menerima gaji minimum kerana terdapat beberapa perbezaan gaji asas mereka.

“Walau bagaimanapun, pe­nguatkuasaan terhadap para majikan masih diteruskan melibatkan pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Gaji Minima,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail memberitahu, Jabatan tenaga Kerja telah menjalankan 113,514 pemeriksaan dan mendapati sebanyak 112,0657 majikan telah melaksanakan gaji minimum.