Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2,046 sekolah alami masalah pendawaian elektrik

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Sebanyak 2,046 buah sekolah di seluruh negara dikenal pasti mengalami masalah pendawaian elektrik yang merupakan antara punca berlakunya kebakaran di beberapa sekolah baru-baru ini.

CHONG SIN WOON
CHONG SIN WOON

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, ini membabitkan sekolah yang uzur iaitu berusia melebihi 20 tahun.

"Kebanyakan kebakaran yang berlaku tidak bermula dari makmal atau kekurangan dari aspek keselamatan seperti ketiadaan pintu rintangan api, tetapi kebanyakannya berpunca daripada litar pintas.

"Oleh itu, fokus kementerian adalah kepada penyelenggaraan semula pendawaian elektrik di sekolah lama, terutamanya pada bangunan yang sudah lama," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Sin Woon menjawab pertanyaan Senator Datuk Lihan Jok mengenai punca utama menyebabkan beberapa sekolah di Sarawak terbakar dan apakah langkah kerajaan bagi menangani masalah itu.

Beliau berkata, program pendawaian elektrik akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun depan mengikut keutamaan bagi sekolah-sekolah yang kritikal.

Selain itu katanya, bagi mencegah kemalangan dan kebakaran, semua sekolah akan dibekalkan dengan alat pemadam api di samping warga sekolah diberikan latihan dan pendedahan berhubung aspek pencegahan kebakaran. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain