Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

11,627 unit Rumawip telah dijual

KUALA LUMPUR 27 Mac – Sebanyak 11,627 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) telah dijual dalam tempoh 2013 sehingga 31 Disember lalu.

Tengku Adnan

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah tersebut melibatkan 19 projek dan daripada bilangan berkenaan, sebanyak 3,802 unit telah siap dibina dan diduduki manakala 6,990 unit te­lah ditandatangani perjanjian jual beli.

“Baki 835 unit lagi di peringkat memuktamadkan perjanjian jual beli. Di bawah Ru­ma­wip, kementerian menyasarkan sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di kawasan Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berkenaan jumlah keseluruhan Rumawip yang telah dijual dan berapa lagi jumlah yang akan dibina dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, sebanyak 14,238 unit lagi melibatkan 23 projek masih dalam proses pembinaan dan di peringkat akhir saringan permohonan.

Katanya, projek-projek tersebut dijangka siap antara tahun ini sehingga 2020.

“Sebanyak 25,308 unit melibatkan 43 projek telah mendapat kelulusan perintah pembangunan (DO) manakala 26,138 unit membabitkan 44 projek lagi sedang di peringkat pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Pusat Setempat atau One Stop Centre (OSC).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain