Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,037 pegawai kerajaan, GLC ditahan SPRM sejak 2014

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 1,037 pegawai kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) berikutan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 sehingga September lepas.

PAUL LOW SENG KUAN
PAUL LOW SENG KUAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, mereka terdiri daripada 225 penjawat awam dan dua dari GLC yang ditahan pada 2014; 398 penjawat awam dan tujuh pegawai GLC (2015) serta 388 penjawat awam dan 17 pegawai GLC ditahan bagi tempoh Januari sehingga September lepas.

"Jumlah nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pada 2014 adalah sebanyak RM113,436,354.80; 2015 (RM30,782,280.29) dan sehingga September 2016 jumlah yang telah dirampas dan dibekukan adalah RM27,554,652.31," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Seng Kuan menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai bilangan pegawai kerajaan daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC yang ditangkap oleh SPRM bagi kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram setiap tahun mulai 2014 sehingga September 2016 dan jumlah nilai wang tunai, harta dan bentuk rasuah yang lain.

Dalam perkembangan lain, Seng Kuan berkata, kerajaan bersetuju dan menyokong cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) dan laporan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mengenai pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang dirangka oleh JKNMPP.

Beliau berkata, jawatankuasa itu mengesyorkan sebanyak 32 cadangan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu proses pelaksanaan, keperluan satu undang-undang baharu dan kandungannya, serta isu-isu yang lebih luas dan bersifat jangka panjang.

Dalam pada itu, Seng Kuan turut menjawab soalan daripada Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang ingin tahu adakah wujud undang-undang yang menyatakan apabila wang suapan dikembalikan kepada pemberi rasuah, mereka terlibat dianggap sudah bersih daripada tuduhan rasuah.

"Merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM), tidak wujud peruntukan yang menyatakan sekiranya wang suapan dikembalikan kepada pemberi rasuah maka penerima boleh dianggap telah bersih daripada tuduhan rasuah.

“Sekiranya tidak ada keterangan yang dapat membuktikan wang atau harta yang disita diperoleh melalui pelakuan rasuah, maka wang atau harta tersebut akan dikembalikan kepada pemunya,” katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain