Zamihan Mat Zin

Zamihan berkata, sebagai rakyat biasa yang menjunjung tinggi ins­titusi diraja, beliau menerima keputusan melucutkan tauliahnya di negeri itu.

“Saya sekali lagi merafak sembah me­mohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama.

“Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian menghormati keputusan baginda yang mempunyai hak serta berhak untuk membuat keputusan tersebut sebagai ‘waliyyul amri’ ataupun seorang pemerintah.

Tambah Zamihan, beliau hanya mencurahkan khidmat untuk agama dan ummah, sekiranya khidmatnya dirasakan sudah tidak diperlukan, beliau menghormati keputusan tersebut.

Namun, beliau ba­gai­manapun akan te­rus berkhidmat de­ngan cara dan di tempat yang sesuai kerana menyifatkan perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti.

“Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya menghentikan adu domba dan sikap ingin me­laga-lagakan sesama umat Islam dan ada baiknya kita semua fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada agama Islam dan umat Islam yang sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri,” katanya.