Dengan lengkap memakai baju sukan, Zambry tidak kekok menyertai permainan bola sepak dalam sawah yang diadakan sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah yang bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Selain bola sepak bendang, pelbagai sukan rakyat lain diadakan seperti memanjat tiang licin, pukul bantal, menangkap ikan keli dan menangkap itik.

Sebaik sahaja selesai menyertai acara bola sepak bendang, Zambry menyertai para peserta yang mengambil bahagian membersihkan diri menggunakan  air pancuran pili bomba. - UTUSAN ONLINE