Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Zambry agih tablet guru di Perak

Zam bry Abd. Kadir bergambar bersama guru sekolah yang menerima tablet pada majlis penyerahan tablet
Zambry Abd. Kadir bergambar bersama guru sekolah yang menerima tablet pada majlis penyerahan tablet Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia kepada guru peringkat negeri Perak di kediaman Menteri Besar di Ipoh, semalam. Turut hadir Othman Mohamad. – Utusan/Syefry Moniz

IPOH 12 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir merasmikan majlis pengagihan tablet mengandungi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia kepada guru-guru di negeri ini, hari ini.

Sebanyak 39,269 guru di 1,099 buah sekolah di seluruh Perak menerima tablet tersebut yang diagih-agihkan secara berperingkat mulai 5 September lalu hingga 21 September ini.

Dalam ucapannya, Zambry berkata, pemberian tablet tersebut merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan rakyat dengan cara membantu guru-guru menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti.

Menurutnya, pemberian tablet atau peranti itu juga selari dengan kehendak pembelajaran berasaskan teknologi masa kini.

“Saya berharap para guru mengambil kesempatan daripada pemberian peranti ini untuk digunakan dalam pembelajaran seharian mereka.

“Gunakanlah peranti ini untuk memastikan agenda pendidikan nasional mencapai matlamatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Ramah Mesra Bersama Pengetua dan Guru Besar serta Pengagihan Tablet Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia kepada Guru di Bawah Kementerian Pendidikan peringkat negeri di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan negeri, Mat Lazim Idris dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Dalam majlis tersebut, Zambry menyempurnakan gimik pelancaran dengan menyampaikan tablet kepada 21 orang penerima yang mewakili pengetua dan guru besar bagi setiap daerah di Perak.

Tambah Zambry, perisian Tutor Guru serta e-Paper Utusan Malaysia diharap dapat membantu guru mendapat bahan pengajaran yang berkualiti.

“Begitupun, peranti saja tidak mencukupi dalam melahirkan pelajar yang berkualiti tapi juga suasana pembelajaran harus diambil kira.

“Peranti ini hanya alat, tapi yang terkandung di dalamnya paling mustahak untuk para guru melaksanakannya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain