Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Mohd. Asri turut berkongsi berita ucapan tahniah Tuan Ibrahim kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya pula ingin mengucapkan tahniah kepada PAS. Semoga Allah merahmati kita semua umat Islam. Semoga Allah membimbing kita semua.

"Semoga Allah mengeratkan ukhuwwah antara kita Umat Islam. Sama-sama kita mempertahankan golongan yang dizalimi," kata Mohd. Asri.

Dalam hantaran hari ini, Tuan Ibrahim berkata, Kenyataan tegas Dr. Mahathir mempertahankan Zakir adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja.

Menurutnya, PAS tegas dengan prinsip menyokong dan mendokong segala tindakan makruf yang diambil oleh pihak kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Ini kerana menurut Dr. Mahathir, Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.-UTUSAN ONLINE