Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga mangsa yang disifatkan sebagai wira.

“Bagi meringankan beban, LZS akan turut menyerahkan sumbangan kepada balu, anak dan keluarga mangsa,” titah baginda menerusi kenyataan yang disiarkan Facebook rasmi istana, Selangor Royal Office di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE