Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, setelah diperkenankan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kadar zakat fitrah kekal di negeri ini kekal pada RM7 untuk tahun ke-10 berturut-turut sejak 2009.

Beliau berkata, semua umat Islam di negeri ini hendaklah mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang diberi tau-liah oleh Muip di tempat masing-masing bermula awal Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

“Seramai 914 amil ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat di negeri ini.

“Muip juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian sebagai pilihan kepada umat Islam untuk menunaikan rukun Islam keempat ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman kadar zakat fitrah negeri di sini hari ini.

Selian itu,beliau menjelaskan jumlah kutipan zakat fitrah pada tahun lalu adalah sebanyak RM7.07 juta melibatkan 1,009,756 pembayar. - UTUSAN ONLINE