Menurut MAHB, Zainun menggantikan Tan Sri Syed Zainol Anwar Ibni Syed Putra Jamalullail yang bersara selepas penutupan waktu dagangan Bursa Malaysia hari ini.

Katanya, Zainun memegang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada Ogos 1996 dan menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 4 April 2012.

“Beliau telah bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 4 Oktober 2018,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MAHB merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Syed Zainol di atas sumbangan beliau yang tidak ternilai sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan syarikat.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Syed Zainol telah membawa syarikat itu ke tahap lebih tinggi dalam mencapai prestasi kewangan serta kualiti perkhidmatan dan operasi. - UTUSAN ONLINE