Tapi rasanya kalau sebut sahaja nama Zahnita, mesti semua pun terbayang dengan kecantikan wajah kacukan yang dimiliki si jelitawan itu. Wajahnya sering kali menghiasi papan iklan.

Tapi masa lepak dengan kawan-kawan Poklip, ada yang bertanya Zahnita sebenarnya masih bertudung atau sudah membuka hijabnya? Atau dia memang tidak pernah berhijab?

Biasalah, memang dia merupakan seorang model yang biasa mempergakan tudung jadi ramai yang salah faham dan tertanya dia sudah berhijab.

Poklip tanya juga rakan media yang pernah menemu bual si cantik itu, dakwa waratwan itu memang Zahnita mengkau dia sudah bertudung tetapi tup tup sekarang tidak lagi.

Pelik kan? Poklip pun tertanya-tanya, apa sudah jadi? Tetapi mungkin dia tidak sepopular Uqasaha Senrose, jadi ramai yang tidak tahu status hijabnya.

Kalau lihat gambar-gambar baharu yang dimuat naik di media sosial, Instagramnya, memang Zahnita dilihat tidak memakai tudung seperti sebelumnya.

Cuma tak tahulah kan kalau gambar lama. Kita kadang-kadang tak tahu tarikh gambar tersebut diambil. Mana tahu Zahnita saja mahu #Throwback.

Poklip tidak mahu menjatuhkan hukum. Sama ada dia sudah membuka tudung atau tidak, terpulang kepada pilihan diri sendiri. Jadi, apa jawapan Zahnita?