Turut serta isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis; Duta Malaysia ke Filipina,  Datuk Raszlan Abdul Rashid dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Seri Mustafa Ibrahim.

Majlis itu berlangsung di Pejabat Kedutaan Malaysia di Makati di sini.

Timbalan Perdana Menteri berada di Manila bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) kali kedua.

Berucap pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 30 rakyat Malaysia yang berniaga dan bekerja di sini, Ahmad Zahid meminta rakyat Malaysia di luar negara terus mengekalkan jati diri, berhemah tinggi dan tidak melakukan tindakan yang boleh merugikan negara.

"Sambut dan bantulah rakyat Malaysia yang datang untuk mencari peluang ekonomi," katanya.

Ahmad Zahid turut meminta rakyat Malaysia di luar negara tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mewujudkan persepsi kebencian teehadap kerajaan.  - UTUSAN ONLINE