Mesyuarat empat hari di Hotel Conrad Manila di sini bertujuan mengukuhkan kerjasama dan strategi negara-negara serantau dalam memerangi jenayah rentas sempadan.

Tumpuan mesyuarat kali ini adalah SAMMRRVE yang akan menjadi platform untuk negara ASEAN bertukar pengalaman, pandangan dan idea terbaik untuk menangani isu radikalisasi dan keganasan melampau.

Terdahulu Ahmad Zahid yang diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) kira-kira pukul 8 malam dan disambut oleh Duta Malaysia ke Filipina,  Datuk Raszlan Abdul Rashid. - UTUSAN ONLINE