“Persekutuan Bola Sepak UAE menamakan jurulatih Alberto Zaccheroni untuk memimpin pasukan kebangsaan kami,” katanya dalam Twitter.

Menurut laporan media tempatan, Zaccheroni menandatangani kontrak hingga 2019, tahun yang sama UAE menjadi tuan rumah Piala Asia, di mana pengendali berusia 64 tahun itu pernah memenanginya bersama Jepun pada 2011.

Zaccheroni menggantikan Edgardo Bauza yang dilantik pada Mei 2017 namun jurulatih kelahiran Argentina itu berpindah ke Arab Saudi selepas aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Sebagari rekod, Zaccheroni pernah membimbing Beijing Guoan, Japan, Juventus, Torino, Inter Milan, Lazio, AC Milan dan Udinese. - AFP