Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yusuf teruja lanjut pengajian di USNA

Yusuf Ahmad Azani menunjukkan surat tawaran ke Akademi Tentera
Yusuf Ahmad Azani menunjukkan surat tawaran ke Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) dan plak Hadiah Menteri Pertahanan yang pernah diterimanya di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 8 Jun – Diterima melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) pastinya satu kebanggaan buat bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Ahmad Yusuf Ahmad Azani, 18.

Daripada 40 rakan seperjua­ngan yang turut mencuba nasib memohon memasuki akademi berprestij di Annapolis, Maryland itu, hanya dia satu-satunya dari negara ini yang terpilih.

Ahmad Yusuf yang ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mengakui amat teruja dan kini hanya menghitung hari untuk ke sana.

“Saya akan berlepas pada Ahad ini. Oleh kerana sesi orientasinya berlangsung sehingga lapan ming­gu dan jatuh pada bulan puasa, saya cuma perlu lebihkan persiapan dari segi mental dan fizikal.

“Tempoh puasa di sana adalah 16 jam sehari namun perkara itu tidak akan menjadi halangan dan dianggap sebagai cabaran kepada saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Ditanya mengenai persediaan menyambut Aidilfitri di perantauan tidak lama lagi, Ahmad Yusuf berkata, perkara itu dianggapnya biasa kerana dia pernah bersekolah di England semasa kecil.

“Saya dimaklumkan bahawa jadual bagi pelajar baharu tahun satu amat padat. Oleh itu, saya mungkin tidak sempat untuk menikmati perasaan rindu untuk berhari raya kerana sibuk menjalani latihan lasak bagi menyesuaikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemasukannya ke USNA, dia menyi­fatkan peluang tersebut sebagai rezeki manakala seluruh ahli keluarganya memberikan sokongan moral.

“Jika diikutkan statistik, terdapat lebih 17,000 permohonan setiap tahun termasuk dalam kalangan pelajar di Amerika Syarikat (AS) sendiri, namun yang diterima hanya sekitar tujuh pera­tus iaitu 1,000 pelajar.

“Bagi pelajar antarabangsa pula, hanya kuota satu peratus dibuka dan tahun lepas hanya 13 pelajar antarabangsa dapat menjejakkan kaki ke sana,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain