Majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman ibu dan bapa Yuna di Shah Alam hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat sahaja.

Yuna,30, dan Adam yang segak serta anggun mengayakan persalinan berona kelabu rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat, memilih Adam atau nama penuhnya Adam Yousof Mohamed Sinclair yang sudah dikenali sejak empat tahun lalu.

Adam,32, adalah adik bongsu kepada pelakon Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair. - UTUSAN ONLINE