Di bawah program itu, bayi beragama Islam menerima RM1,300 yang dikreditkan terus ke dalam akaun Tabung Haji dan mereka didaftarkan sebagai bakal haji manakala bayi bukan Islam diberi RM1,000 dan dikreditkan ke dalam akaun Sijil Amanah Saham Gemilang.

YTSP dalam satu kenyataan berkata sumbangan hanya untuk bayi yang lahir di Hospital Tuanku Fauziah di sini dari 17 Mei hingga 17 Julai iaitu tempoh sambutan keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin.

Sumbangan disampaikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di sini semalam.

Sejak dilancarkan pada 2014, seramai 83 bayi menerima sumbangan tidak termasuk semalam. - BERNAMA