Dua hotel mewah yang bakal dibina di Malaysia terletak di KL Sentral dan KLCC dengan jenama JW Marriot dan EDITION, sementara di Hokkaido,Jepun jenama EDITION dan W Hotel.

Pada majlis hari ini, YTL Hotels diwakili Pengarah Eksekutifnya,  Datuk Mark Yeoh, manakala Marriot Internationatiol diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arne Sorenson dan Presiden dan Pengarah Urusan bagi Asia Pasifik, Craig Smith.

Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah Urusan YTL Group, Tan Sri Dr. Francis Yeoh.

Yeoh berkata, pihaknya kini dalam proses mereka bentuk  hotel tersebut yang bakal mengukuhkan kedudukan syarikat dalam industi perhotelan dan hospitaliti.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan peruntukan yang disediakan oleh syarikat bagi pembinaan hotel-hotel berkenaan.

“YTL Hotels telah berjaya dalam pembangunan bank tanah untuk perhotelan dan kami mahu mengembangkannya bagi mencapai pertumbuhan yang stabil,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani kerjasama tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE