“Sebanyak 162 bahagian Parlimen di seluruh negara terpilih untuk program ini dengan pelaksanaannya membabitkan 148 pusat untuk SPM dan 14 pusat untuk UPSR.

“Sepanjang 2017, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mensasarkan seramai 30,000 pelajar terlibat dalam pelbagai program pendidikan yang di­selaraskan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian termasuk YPM dengan Tuisyen [email protected] adalah salah satu daripadanya,” katanya selepas Majlis Pelancaran Tuisyen [email protected] Parlimen Alor Setar di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Sebanyak 102 calon UPSR dari sembilan sekolah di Parlimen ini terpilih menyertai tuisyen ber­kenaan.

Zahida yang juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, sejak dilaksanakan pada 2013, tui­syen berkenaan memberi impak positif dalam kalangan peserta.

“Pada tahun lepas terdapat peningkatan prestasi sebanyak 40 peratus bagi calon UPSR sementara SPM pula sebanyak 60 peratus. Di akhir pelaksanaan program, prestasi peserta akan dianalisis sebelum dan selepas mereka menyertai tuisyen ini," katanya.

Tambah beliau, tuisyen ber­kenaan menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemang­kin kecemerlangan modal insan.

“YPM berusaha melakukan penambahbaikan dalam usaha memanfaatkan program berkenaan kepada golongan sasar,” katanya.