Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, produk baharu yang akan dilancarkan pada bulan depan itu menyaksikan lebih banyak faedah dan manfaat diterima oleh guru yang menjadi ahli YGMB.

“Pada masa ini dengan hanya membayar RM10, ahli YGMB mendapat 16 manfaat tetapi kita berasa apa yang kita tawarkan ini tidak cukup melindungi guru.

“Jadi, kita merancang satu skim dengan nilai terbaik yang memberi manfaat berganda,” katanya dalam sidang akhbar selepas program peningkatan profesionalisme bertajuk ‘Peranan Guru Muda 1Malaysia dalam Memperkasa Transformasi Pendidikan’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya, Jengka di sini, semalam.

Seramai 400 guru muda menyertai program peningkatan profesionalisme yang diadakan bersama dengan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri itu. - UTUSAN ONLINE