Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, biarpun bukan ahli yayasan berkenaan, YGMB akan turut memberikan bantuan jika terdapat guru ditimpa musibah.

"Kita di YGMB, tidak kira sama ada ahli ataupun tidak akan memberikan bantuan jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini kepada para guru.

"Sebab itu jika ada berita kemalangan, kita akan ke hadapan. Walau tidak ada tuntutan daripada ahli, kita akan pergi kepada ahli bagi memberikan bantuan dan sumbangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan dan Mesyuarat Agung Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Pahang 2017 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Yang Dipertua MPSM negeri, Mohd. Ariffin Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE