Terbaru, Yayasan Kumpulan Utusan menerusi Tabun Prihatin me­nyerah­kan sumba­ngan­ berjumlah RM3,000 bagi membantu meringankan beban Ismail Masari, 46, yang lumpuh akibat kemala­ngan sejak Febuari lalu.

Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, selain sumbangan kewangan pihaknya menyerahkan barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Kita amat berharap bantuan ini dapat memberikan kegembiraan kepada Ismail dan keluarga­nya dalam meneruskan kehidupan.

“Walaupun sumbangan tidak seberapa namun saya percaya amat bermakna buat keluarga ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumba­ngan kepada Ismail di rumah­nya di Kampung Banggol, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Biro Utusan Malaysia Kelantan, Azran Fitri Rahim.

Nik Anura memberitahu, Yayasan Kumpulan Utusan akan terus komited dalam membantu golongan yang memerlukan pada masa akan datang.

“Kami berharap lebih banyak pihak akan bersama-sama kami dengan menderma kepada Tabung Prihatin kerana melalui program Utusan Prihatin yang akan memberikan bantuan kepada bukan hanya golongan daif tetapi mencakupi semua golongan yang memerlukan seperti khidmat sosial dan pembinaan masjid.

“Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam, Tabung Prihatin, nombor akaun, 1428-3010-0008-20,” katanya.

Sementara itu, isteri Ismail, Hamidah Deraman, 42, me­ngucapkan terima kasih kepada Yayasan Kumpulan Utusan kerana sudi tampil memberikan sumbangan kepada suaminya.

Tambahnya, sumbangan itu amat membantu meringan beban yang terpaksa ditanggung oleh suami dan keluarganya.