Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yayasan Bank Rakyat taja 217,728 Tutor

Shukry Mohd. Salleh (tiga dari kiri) bertukar dokumen perjanjian
Shukry Mohd. Salleh (tiga dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU) dengan Othman Mohamad pada Majlis Iftar sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Yayasan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

KUALA LUMPUR 14 Jun – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menaja seba­nyak 217,728 naskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang merupakan tajaan sulung dan kerjasama pertama terjalin antara Utusan Malaysia dan YBR pada tahun ini.

Melalui tajaan tersebut, sebanyak 336 buah sekolah rendah dan menengah menerima tajaan Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Tutor Pentaksi­ran Tingkatan Tiga (PT3) dan Tutor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama 12 minggu bermula April lalu.

Majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) kerjasama itu berlangsung di Menara Bank Rakyat semalam sempena sambutan ulang tahun ke-10 YBR dan majlis berbuka puasa.

Utusan Malaysia diwakili Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad manakala YBR diwakili Pengerusi­-
nya, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh yang juga Pengerusi Bank Rakyat.

Majlis MoU tersebut turut di­sertai beberapa agensi tempatan dan institusi pengajian tinggi antaranya Kumpulan BH, Kumpulan KRU, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (bernama).

Yang turut hadir Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin; bekas Pengerusi YBR, Datuk Abdul Rahman Kasim dan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor.

Ketika berucap pada majlis itu Shukry berkata, YBR terus komited menggalakkan pelbagai program pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat termasuk usaha mengukuhkan kemudahan komuniti melalui program kreatif dan inovatif.

Katanya, itu termasuk menawarkan biasiswa dan pembiayaan pendidikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara bermula 2009.

“YBR akan terus meneroka peluang dan ruang untuk membantu pelajar, guru dan masyarakat dalam mengemas kini kompetensi supaya kekal relevan de­ngan keperluan semasa, sekali gus mempersiapkan pelajar seiring abad ke-21,” katanya.

Selain itu menurut beliau, atas komitmen dan kerjasama baik yang terjalin dengan rakan strategik, YBR berjaya meraih Anugerah Perdana Rakan Kongsi Strategik oleh Local Agenda 21 Putrajaya tahun lalu.

“Usaha ini tidak akan terhenti setakat di sini sahaja. YBR merancang pergi jauh bagi menjayakan hasrat dan aspirasi TN50 (Transformasi Nasional 2050) dan bagi tujuan itu kita telah mengatur perancangan awal tahun lagi bagi menyahut seruan memperkasakan pembangunan pendidikan dalam negara.

“Segala usaha ini bukan setakat untuk menyahut seruan kerajaan semata-mata tetapi seiring untuk memenuhi objektif untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dan sama rata untuk golongan yang memerlukan,” kata beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain