ABIBULLAH SAMSUDIN
ABIBULLAH SAMSUDIN

Ketua Pengarah Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, CMASA.my ini merupakan satu inisiatif terbaharu Yapeim melalui Pusat Keusahawanan Yapeim (YEC) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada ahli-ahli Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu Yapeim (CMASA).


“Kini terdapat lebih daripada 1,000 jenis produk Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam talian yang kebanyakannya menawarkan harga 10 sehingga 15 peratus lebih murah dari harga pasaran biasa.


“Orang ramai boleh melayari laman web CMASA.my ini bagi mendapatkan pelbagai jenis produk keperluan termasuk barangan harian seperti beras, gula, tepung dan lain-lain yang boleh dihantar secara pos atau terus ke rumah pada hari mereka membuat tempatan secara online itu,” katanya. 


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan CMASA.my di Ibu Pejabat Yapeim, di sini hari ini. 


Hampir 300 usahawan hadir untuk mengikuti dua sesi program latihan dan bimbingan usahawan dan pemasaran yang disediakan oleh Yapeim. 


Abibullah berkata, diharapkan dengan sokongan orang ramai terhadap CMASA.my ini, dalam tempoh lima tahun sebanyak RM25 juta hasil jualan dapat dikumpulkan


“Namun yang penting ia dapat meningkatkan lagi pendapatan para usahawan muslim IKS di negara di samping menawarkan produk-produk yang lebih berkualiti, bersih dan dijamin halal,” katanya. - UTUSAN ONLINE