Keberangkatan tiba Seri Paduka dengan mengenakan jubah putih di pekarangan masjid kira-kira pukul 7.30 malam disambut jemaah yang hadir.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1438 Hijrah dan awal tahun 1439 Hijrah.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Othman Mustapha. - UTUSAN ONLINE