Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yang di-Pertuan Agong berkenaan berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah 339 Pegawai ATM

Yang di-Pertuan Agong berkenaan berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja  dan Pengurniaa 2
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan titah ucapan pada Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 di Kem Perdana Sungai Besi hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR 18 Mac - Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Pegawai Kadet serta Pegawai Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Istiadat perbarisan itu disertai seramai 339 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan yang terdiri daripada 194 Pegawai Kadet Tentera Darat, 48 Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 97 Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Keberangkatan tiba baginda di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada pukul 9 pagi disambut oleh Menteri Pertahanan ,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan panglima-panglima perkhidmatan. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain