Ketibaan baginda pada pukul 12.40 tengah hari diiringi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan disambut oleh Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Turut berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Haji Al- Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah l.

Hadir sama Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Selain itu orang kenamaan antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz turut hadir.-UTUSAN ONLINE