Ketibaan Baginda dan Raja Permaisuri Agong disambut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Yang turut menyambut keberangkatan Seri Paduka ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd.Nawawi; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 2,000 anggota ATM.

Dalam majlis berkenaan, Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim (STAY) ATM. - UTUSAN ONLINE