Ia dilancarkan sempena Karnival Gen Blu Yamaha yang diadakan esok di pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang di sini oleh Pengarah Urusan HLYM Datuk Jim Khor.

Model baharu itu yang dilengkapi beberapa ciri terbaharu antaranya enjin 155 cc, casis Deltabox yang terkini, tayar lebih besar, kotak gear enam kelajuan dan banyak lagi.

"YZF R15 tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat tegar motosikal Yamaha namun ia didatangkan reka bentuk yang lebih dinamik dan kami yakin ia mampu menembusi pasaran motosikal di bawah 200cc.

"Sejak 2017, industri ini menyaksikan trend yang semakin meningkat untuk memiliki motosikal dengan 500,000 unit telah terjual," katanya kepada pihak media di sini.

Sempena pelancaran itu juga, HLYM menyediakan hadiah istimewa kepada pembeli model baharu YZF R15 iaitu kunci piring brek Yamaha.

Model baharu itu akan dijual pada harga istimewa iaitu RM11,988. - UTUSAN ONLINE