Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Rostec, Viktor Kavdov berkata, Yak-130 yang juga berperanan sebagai pesawat latihan untuk juruterbang tempur dijangka hadir bersama tim akrobatik ‘Russian Knight’ bagi memeriahkan acara dwi tahunan itu.

“Pesawat yang mempunyai dua tempat duduk tersebut akan beraksi mempamerkan keupayaannya kepada Malaysia dalam LIMA’19 nanti,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi portal Sputnik International di sini hari ini.

Pesawat ini dibangunkan pada April 1996 mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Rusia pada tahun 2009.

Dengan kelajuan maksimum 1,037 kilometer sejam (km/j) dan kemampuan membawa sistem persenjataan peluru berpandu udara ke udara serta udara ke darat, Yak-130 menjadi pesaing utama beberapa pesawat jenis sama seperti Tejas dan FA-50/T-50 andai kerajaan Malaysia berhasrat memperkukuhkan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) nanti. - UTUSAN ONLINE