Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wujudkan pusat sehenti industri kreatif negara - Johan

Johan Jaaffar
Johan Jaaffar

KUALA LUMPUR 23 Mac – Malaysia memerlukan sebuah pusat sehenti bagi pembangunan industri kreatif termasuk bagi memikirkan formula berkesan memasarkan filem tempatan ke luar negara agar popular di seluruh dunia se­perti filem Hindi serta kungfu.

Tokoh media, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, langkah itu perlu ke arah meningkatkan industri seni negara menjadi lebih baik.

Menurut beliau, selain aspek pemasaran filem ke luar negara, kewujudan pusat itu juga bagi memenuhi keperluan dalam pembangunan industri kreatif terma­suk melibatkan isu dana, kewa­ngan dan penjenamaan.

Menurutnya, Malaysia boleh mengambil contoh pusat sehenti bagi pembangunan industri kreatif yang berjaya seperti Agensi Kandungan Kreatif Korea (KOCCA) dan Media Development Authority (MDA) di Singapura.

“Kewujudan pusat sehenti ini akan memberi kelebihan kepada penggiat industri kreatif untuk terus mengembangkan hasil seni dan karya kepada umum.

“Hal ini kerana kesemua yang terlibat dalam industri ini perlu mempunyai entiti penggerak yang berupaya untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan di bawah satu bumbung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama dalam Wacana Prakongres Budaya 2017 bertemakan Warisan Budaya dan Industri Kandungan Kreatif di Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Forum yang dihadiri kira-kira 100 penggiat industri kreatif negara membincangkan dan merumuskan usul bagi bidang berke­naan yang akan dibentangkan dalam Kongres Budaya 2017 pada 15 April ini.

Johan berkata, penggiat industri kreatif terutama perfileman juga perlu mengetengahkan karya dan hikayat lama yang malar segar serta sarat dengan nilai estetika tinggi untuk dijadikan filem dan animasi.

“Seni dan budaya negara yang kaya dengan hikayat dan sejarah perlu diangkat dan diantarabangsakan. Kita ada sumber Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang terkenal, malah kita juga punya adiwira Melayu seperti Badang. Cerita rakyat seperti inilah yang perlu diterjemahkan ke layar perak dan animasi Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata, karyawan industri kreatif negara juga perlu menghasilkan formula terbaik bagi mengeksport karya dan hasil industri kreatif berkualiti yang boleh diterima oleh negara lain.

“Animasi Upin Ipin membuktikan karya negara telah berjaya menembusi Indonesia dan mendapat permintaan tinggi. Apa yang penting karyawan perlu hasilkan karya yang terbaik dan boleh diterima.

“Misalnya dalam filem Hindi dan filem aksi kungfu, impaknya sangat besar kerana telah ditonton di Eropah dan Afrika. Ini jelas, apakah formula yang mereka gunakan dan karyawan industri kreatif perlu fikirkan formula seperti itu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain