Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi tujuan itu satu pasukan dibentuk melibatkan pelbagai agensi termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Jabatan Standard Malaysia dan Institut Genom Malaysia (MFI).

Menurut beliau, pembangunan standard produk tersebut juga meliputi pelbagai aspek termasuk pembungkusan untuk menambahkan keyakinan pengguna.

“Berdasarkan sambutan di China dan Asia Barat semasa produk itu diperkenalkan, kementerian menyasarkan madu kelulut akan menjadi produk yang boleh dipasarkan lebih meluas,” katanya demikian sempena Program Kelulut Walk 2016 di Padang Astaka, Cukai, di sini hari ini.

Shabery berharap dalam tempoh enam bulan hingga setahun, penyeragaman dan penjenamaan madu kelulut di seluruh negara akan dapat dibangunkan.