Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya meminta pasukan petugas daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) membuat rujukan dari segi tempoh pemilihan, struktur dan jawatankuasa yang akan ditampilkan dalam forum berkenaan.

“Objektifnya adalah untuk memastikan setiap pemain-pemain muda dalam sektor pertanian ini dikumpulkan dan diorganisasikan dalam satu forum.

“Kita percaya, mereka boleh menjadikan forum ini sebagai satu wadah atau wasilah untuk mereka memudah carakan di antara kumpulan mereka dengan kementerian,” katanya dalam majlis perjumpaan khas kementerian bersama belia peladang di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE