Pengerusi Eksekutif WTV Asia, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, inisiatif diambil selari dengan usaha kerajaan yang berhasrat memperluas peranan dan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.

Beliau berkata, aspirasi kerajaan yang berhasrat mencapai kuota 30 peratus sumbangan wanita pada peringkat penggubalan dasar amat bertepatan dengan usaha memperkasa peranan dan sumbangan wanita semasa.

"WTV Asia akan menjadi saluran yang penting untuk ketengahkan pelbagai pencapaian, peluang serta prospek kerjaya boleh diceburi oleh golongan wanita.

"Pelbagai slot rancangan khas telah diatur termasuk perniagaan, bidang penjagaan kesihatan, pelancongan dan lain-lain. Kami sasarkan capai 1.2 juta penonton rancangan pada 2018 merangkumi Malaysia dan negara Asia," katanya dalam pra pelancaran WTV Asia, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas. - UTUSAN ONLINE